Adab Bersahabat dan Hak Persaudaraan

ISBN: 9786297716671
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Galeri Ilmu Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 144

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / AGAMA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Persahabatan adalah nikmat agung yang dianugerahkan Allah kepada hamba-Nya. Namun, tidak semua persahabatan membawa ke syurga. Islam mengajar bahawa persaudaraan yang hakiki adalah persaudaraan kerana Allah—ukhuwwah fillah—yang memimpin hati menuju reda-Nya.

Naskhah ini, Adab Bersahabat dan Hak Persaudaraan, adalah saduran daripada Sairus Sālikīn, karya ulama besar Nusantara, Syaikh ʿAbdus Ṣamad al-Falimbānī, yang menghuraikan mutiara nasihat Imam Al-Ghazali dalam Ihyā’ ʿUlūmiddīn. Disusun di atas manhaj para sālik, kitab ini membimbing pembaca memahami:

  • Keutamaan bersahabat kerana Allah dan perbezaannya dengan persahabatan duniawi.
  • Sifat-sifat yang wajib ada pada sahabat pilihan.
  • Hak dan tanggungjawab dalam persaudaraan Islam.
  • Adab menjaga hati, menasihati, dan menutup aib sahabat.

Disunting dan disempurnakan oleh Tuan Guru Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam rahimahullah, karya ini mengekalkan keaslian bahasa turats sambil memudahkan kefahaman pembaca masa kini.

Sebuah panduan yang wajar dimiliki oleh setiap pencinta ilmu dan pencari sahabat yang menuntun ke akhirat.