Adab Makan dan Minum
Publisher,Inteam Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Apabila iman menipis di dada, maka perintah Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW akan terasa seperti suatu bebanan untuk diamalkan. Justeru, adab-adab makan dan minum Nabi SAW yang dimuatkan di dalam buku ini bukanlah bermaksud untuk menyusahkan umat Islam untuk mengamalkannya. Ia sekadar bermaksud meraih cinta Allah dan Rasul-Nya dan mendapat kebaikan yang maksimum jika ia dapat diamalkan keseluruhannya. Jika tidak mampu mengamalkan kesemuanya, cukuplah sekadar kita berazam untuk melengkapkan amalan sunnah Nabi SAW ini dengan mengamalkan sedikit demi sedikit. Biarlah ada peningkatan (value add) di dalam kehidupan kita dalam bab sunnah Nabi SAW ini sebelum kita menutup mata iaitu meninggalkan dunia yang fana ini. Jadilah seperti sikap Abu Bakar as-Siddiq r.hu yang bertanya kepada anaknya Aisyah r.ha selepas kewafatan Baginda SAW tentang sunnah-sunnah Nabi yang masih belum beliau amalkan kerana mungkin tidak ketahuan olehnya sebelum Baginda SAW wafat.
Kita tidak seharusnya berpuas hati dengan amalan sunnah yang sedikit sahaja. Benar, kita ini terlalu jauh dari zaman Baginda SAW, namun bukanlah menjadi alasan untuk meninggalkan sunnah-sunnahnya. Cubalah berazam sedaya yang mampu dan jangan berputus asa. Buangkan sifat malu yang tidak bertempat dalam mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW kerana setiap sunnah yang diamalkan kerana Allah, sudah pasti ada kejayaannya.
Janganlah bersikap ala kadar dalam mengikuti sunnah ini kerana dalam bab keduniaan, kita sentiasa inginkan peningkatan atau upgrade agar di lihat up to date. Contohnya, kita sentiasa ingin mendapatkan gadget keluaran yang terbaru di pasaran, tetapi di dalam pengamalan sunnah, kadang-kadang kita bersikap cukuplah sekadar apa yang sudah diamalkan selama ini, lebih baik dari tidak beramal langsung! Lagi banyak sunnah yang diamalkan, lagi tinggi tanda cinta kasih kita kepada Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.