Adik-beradik Gaza: Rahsia Hadiah Hebat Daripada Haifa Yang Tidak Berbakat

ISBN: 9786297665580
Checking local availability
RM12.00
Product Details

Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 110

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / KOMIK & NOVEL GRAFIK / NOVEL GRAFIK/KOMIK

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Haifa mahu mengadakan surprise party buat adiknya, Jinin, kerana telah berjaya menjadi seorang doktor. Semua orang ada tugas masing-masing - Ramallah memasak, Jaffa menulis puisi, Tulkarm mengambil gambar, manakala Beersheba melukis hiasan. Namun, Haifa pula ... langsung tak ada bakat!

Puas Haifa memikirkan apa yang patut dia sediakan, sehinggalah dia mendapat satu idea. Dia mahu menghadiahkan sehelai thobe; pakaian tradisi Palestin idaman Jinin!

“Alamak, thobe yang Jinin suka tu dah ada orang beli? Aduh, macam mana ni?”

“Kedai kami ada jual kain juga. Apa kata awak jahit thobe tu sendiri?”

Haifa risau. Dia sudahlah tidak pernah menjahit seumur hidupnya! Namun, thobe itu sangat penting untuk Jinin. Setiap kali Haifa mencuba, semuanya tidak menjadi.

"Kak Haifa, ini bukan corak bunga. Ini kumbang! Aaaaa!"

Mampukah Haifa menyiapkan sehelai thobe yang sempurna sebelum parti Jinin bermula?

 

Dimensi: 14.8 x 21 cm