Advencer Si Peniup Ney

ISBN: 9786297561479
Checking local availability
RM32.00
Product Details

Publisher,JIWA
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 220 g
No. of Pages, 243

Advencer Si Peniup Ney karya Faisal Tehrani mengisahkan Sulaiman Hilmi, seorang pemuda belasan tahun menempuh dunia jin yang penuh tipu daya, hiburan melalaikan, dan ujian keimanan yang dahsyat, hanya bersenjatakan keyakinan, ilmu, dan seni muzik spiritual yang disebut “Souti Sarmad”. Subuh yang ganjil di Masjid Fatih menjadi saksi permintaan luar biasa sekumpulan tetamu misteri—40 pemuda berjubah putih, bermata jernih, dan datang dari negeri yang jauh serta ghaib. Mereka bukan manusia biasa, tetapi jin remaja yang sedang mencari seorang pemimpin untuk mengubah nasib kaum mereka yang hampir punah akibat hedonisme dan kehilangan iman. Dalam pengembaraan mistik yang mendebarkan ini, Sulaiman bukan sahaja memikul amanah besar daripada jin-jin remaja yang bergelut antara hak dan batil, tetapi turut menemukan dirinya sendiri, makna sebenar kehidupan, serta cinta yang kekal abadi terhadap Tuhan. Misi mereka adalah untuk meleburkan fahaman sesat dan menegakkan kebenaran. Namun ada satu syarat yang mencengkam—mereka dilarang menyentuh ideologi kepercayaan yang telah lama berakar kukuh di bumi itu. Berbekalkan ney dan “Souti Sarmad”, Sulaiman dan pasukannya berjuang menyalakan kembali cahaya keimanan di tengah kabut kelalaian dan arus kenikmatan yang menyesatkan. Mampukah mereka mengubah takdir sebuah bangsa, atau rebah dalam tipu daya dunia yang mempesona?