Agar Doamu Tidak Tertolak
Publisher,Karya PiS Sdn. Bhd.
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 225 g
No. of Pages, 108
Kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah (w. 751H):
Sekiranya
bersama doa itu terhimpun perkara-perkara ini, sesungguhnya doa itu
hampir-hampir tidak ditolak sama sekali.
Sesungguhnya, Allah subhanahu wa ta’ala telah memerintahkan para hamba-Nya untuk berdoa, dan Dia telah berjanji untuk memperkenankannya seperti dinyatakan dalam banyak ayat Al-Qur’an. Sehingga Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
Tidak ada
sesuatu perkara yang lebih mulia di sisi Allah selain doa.
Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam juga bersabda:
Sesiapa yang
tidak meminta kepada Allah, Allah murka kepadanya.
Namun, untuk doa kita diperkenankan, doa mustajab mempunyai beberapa garis panduan yang harus diambil berat oleh si penutur doa. Begitu juga terdapat faktor penghalang yang perlu diwaspadai.
Penulis, Shaykh ‘Abdurrazzaq Al-Badr mengambil kesempatan di dalam buku ini untuk menghuraikan 14 syarat untuk doa diterima yang dinukilkan oleh Imam Ibn al-Qayyim – rahimahullah – dalam al-Jawaab al-Kaafi.