Agar Hati Tidak Mati
Publisher,Mustread
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Memperkatakan apakah yang manusia hamba inginkan dalam setiap kehidupannya. Benarkah hidup hanya sekali, jawapannya tidak. Sesetengah orang ada bicara. Hidup ini hanya sekali. Inilah masanya untuk berhibur menghabiskan usia. Ketahuilah, hidup setiap hamba ada lima kali. Sekali di alam rahim, sekali di alam dunia, sekali di alam kubur, sekali di alam akhirat dan terakhir sekali hidup di alam syurga. Namun hati dan roh kita hidup hanya sekali. Setiap roh akan melalui lima kehidupan, setiap hati juga akan melalui lima alam yang berbeza. Betapa susahnya memujuk sekeping darah merah yang lembut ini, mengurut dada meredakan hati yang sedang marah dan geram.
Apabila mata dipejamkan, kedua-dua bibir terkatup rapat, telinga dikunci erat, tapi hati masih mendengar, hati masih melihat, hati masih berkata-kata. Berbicara, melihat, mendengar untuk mencari erti. Kerana itu, pandangan hati lebih bermakna, mata hati lebih berharga. Walau si buta bertongkat, si bisu tiada suara, si pekak tiada pendengaran, namun mereka punya hati yang cerah melihat, peka mendengar dan petah berkata-kata.
Mengapa hati menjadi persoalan? Mengapa hati yang kita bicarakan? mengapa hati yang kita mahu dendangkan? Kerana hati adalah diri kita, diri kita adalah hamba.