Agar Kau Bahagia
Publisher,Sentap Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Buku Agar Kau Bahagia ini mempersembahkan anda semua dengan 100 puisi, luahan hati penulis untuk memujuk lembut diri pembaca agar mereka lebih menghargai diri sendiri. Buku yang bakal membuatkan hati yang sayu kembali segar, Membuatkan hati yang lemah kembali bersemangat, Dan untuk hati yang sedih kembali ceria bahagia.
Ramai yang kata: "Tuhan kejam. Kenapa aku? Aku pun teringin nak hidup seperti orang lain. Bahagia." Sedang mereka merintih menginginkan sesuatu dalam hidup orang lain, mereka tidak sedar..
Berapa ramai orang yang sedang menanti doa mereka dikabulkan untuk mendapatkan sesuatu seperti apa yang kita kecapi. Bersyukurlah. Hanya dengan bersyukur, kita akan merasa tenang. Dan untuk mereka yang sedang mencari sesuatu yang seakan-akan hilang dalam diri, Ini aku hadiahkan, Agar Kau Bahagia.
Buku inspirasi dan motivasi yang sangat bagus untuk pembaca. Ia menghimpunkan 100 jenis puisi islamik terbaik dari penulis. Setiap cetusan puisinya diterapkan nilai kerohanian yang positif dan nasihat berguna sebagai pembakar semangat untuk menghidupkan semula jiwa yang sedih dan kecewa. Sangat recommended untuk peminat-peminat buku puisi, semoga ia memberi manfaat terbaik buat semua.
Terdapat 100 himpunan puisi yg berunsur islamik dan luahan hati penulis.terkandung kata2 semangt dlm melalui liku2 kehidupan.
Pada mulanya saya hendak baca buku ini kerana telah baca buku Kerna Syurga Bukan Percuma karya penulis. Karya beliau memang seronok untuk dibaca. Dapat rasa keikhlasan dalam setiap ayat yang digunakan untuk menghasilkan puisi-puisi Islamik dalam buku ini. Walaupun mungkin anda kurang suka dengan bacaan puisi sebelum ini, tapi anda boleh jadi suka.