Buku Agungnya Kerajaan Allah ini merupakan tafsir Surah Al-Mulk yang ditulis oleh tokoh tafsir tanah air yang tidak asing lagi, iaitu Dr. Zahazan Mohamed.
Buku ini berusaha memudahkan interaksi antara pembaca dengan Al-Quran dalam memahami makna yang terkandung dalam surah yang sangat agung ini. Kombinasi antara kaedah tafsir bi al-mathur dan al tafsir bi al-ra'yi al-Mahmud serta berpandukan rujukan daripada ulama tafsir daripada kalangan salaf dan khalaf pasti akan membawa minda pembaca merasai kedekatan Allah dan menginsafi keagungan kerajaanNya.