Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Ulama Umarak di Alam Melayu

ISBN: 9789830619224
Checking local availability
RM45.90
Product Details

Publisher,Crescent News
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Buku Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu yang pertama kali diterbitkan pada tahun 2006 Masihi yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari segenap lapisan masyarakat, sehingga penulis terpanggil untuk menerbitkan pula terjemahan Inggerisnya dengan tajuk 'Ahlul-Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates' yang baru berada di pasaran bermula pertengahan tahun 2010 Masihi.

Bagaimanapun buku tersebut lebih banyak memberi fokus kepada zuriat Rasulullah SAW yang menjadi pemerintah, sedangkan terdapat kekurangan maklumat yang lebih terperinci tentang alim ulama ahlul bait Rasulullah SAW yang awal, iaitu yang bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islamiyyah di Alam Melayu ini, siapa-siapa mereka, di mana tempat dakwah mereka, kitab-kitab yang ditulis atau yang diajarkan, pondok-pondok atau masjid-masjid yang mereka dirikan dan sebagainya.

Maka buku yang berada di haribaan para pembaca budiman ini sekadar melengkapkan data-data tentang keberadaan ahlul-bait Rasulullah SAW khususnya dari kalangan alim ulama yang awal di rantau ini.

Antaranya Sayyid Muhammad Dibai bin Imam Jaafar Sadiq (Perlak, Acheh); Sayyid Abdul Aziz (Melaka); Syeikh Muhammad al-Baghdado (Terengganu); Wali Songo (Jawa); Syeikh Wan Daud bin Abdullah al-Fatoni (Patani); Sultanul Ariffin Syeikh Ismail (Pulau Besar, Melaka); Tokku Paloh Tuan Besar (Terengganu) dan ramai lagi.

Ringkasnya buku yang bertajuk Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Ulama Umarak di Alam Melayu (Dahulu, Kini dan Zaman Kebangkitan Ummah) ini bolehlah diumpamakan sebagai saudara kandung kepada buku Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu yang mendapat sambutan yang cukup menggalakkan itu.

semoga buku ini dapat menambah koleksi bahan-bahan bacaan yang berkualiti di tanah air kita dalam memenuhi keperluan membentuk masyarakat yang celik ilmu.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)