Ain - Cerita Yang Tertinggal

ISBN: 9786297913490
Checking local availability
RM45.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Ain tidak pernah menyangka perjalanan hidupnya akan membawa dirinya sejauh ini. Daripada seorang gadis kampung yang miskin dan pemalu, Ain merantau hingga ke bumi England demi mendukung impian suami, sekali gus mengubah jalan cerita hidupnya.

Pada saat diri baru merasai nikmat bahagia di negara orang, Ain diuji dengan musibah kesihatan suami sehingga akhirnya bergelar ibu tunggal. Tiada pilihan, Ain bangkit meneruskan kehidupan demi anak-anak tercinta.

Inilah naratif hidup seorang wanita biasa dengan kisah luar biasa—tentang keluarga, ketabahan dan harapan yang tidak pernah padam. Beberapa penulisan Allahyarham Nazali Noor turut dimuatkan, menjadikan buku ini sebuah karya bersama seperti yang pernah mereka impikan.

Ditulis dengan penuh jiwa, kisah Ain membawa pembaca menyusuri suka duka kehidupan di perantauan—tentang cinta setia, kehilangan yang menyakitkan dan kekuatan untuk terus berdiri ketika dunia hampir runtuh.

Sebuah coretan hidup yang mengingatkan bahawa insan yang kita kasihi tidak akan sentiasa ada di sisi. Kerana itu, hargailah setiap detik dan nikmat yang diberi sebelum semuanya menjadi kenangan.