Air Mata Ibu
Publisher,SR Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Mengisahkan dua adik-beradik Amir dan Amira yang telah menjadi anak derhaka kepada ibunya, Halijah. Kisah bermula apabila kedua-duanya meningkat dewasa dan berjaya dalam hidup.
Amir yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti. Di universiti dia berkenalan dengan seorang gadis anak Datuk Abdul Rashid dan Datin Zakiah bernama Nor Hana. Merupakan seorang gadis yang baik budi bahasanya. Takut cintanya ditolak oleh gadis tersebut, Amir mengakui dirinya anak yatim piatu.
Tamat sahaja diploma dia bekerja sementara di pejabat Datuk Abdul Rashid. Semenjak daripada itu dia tidak pulang lagi ke kampung. Datuk Abdul Rashid mengahwinkan Amir dengan Nor Hana dan menghantar kedua-duanya menyambung pelajaran ke luar negeri.
Melalui Daud, iaitu abang Halijah, dia membaca berita perkahwinan dan kepulangan anaknya di akhbar dan di situlah Halijah tahu bahawa dia sudah dianggap ‘mati' oleh anaknya. Beberapa rentetan peristiwa telah berlaku di antara Amir dengan Halijah sekembalinya ke tanah air.
Halijah dihalau dengan herdikan dan cacian apabila berkunjung di pejabat anaknya. Dia benar-benar sudah tidak mengenali ibunya lagi. Dia telah merampas geran tanah milik arwah ayahnya daripada ibunya di kampung sebagai permulaan untuk syarikatnya menceburi bidang pertanian.
Memarahi ibunya memasuki dalam rancangan Bersamamu. Sementara Amira pula telah membawa Halijah pulang ke rumahnya untuk menjaganya ketika mengandung. Namun di rumah ini Halijah melakukan kerja-kerja rumah dengan rela hati, tetapi mood anaknya itu amat berlainan sekali ketika mengandung. Halijah sering dimarahi. Ada suatu ketika Halijah dipukul dengan menggunakan selipar akibat terlalu marah. Mujurlah menantunya bernama Dhafir itu seorang yang sentiasa menjadi penawar ketika hatinya terobek pilu.
Namun balasan daripada Allah bukan ketika nyawa bercerai daripada badan malahan ketika masih bernafas lagi. Kedua-duanya mendapat balasan daripada Allah. Beberapa hari lagi sebelum hari wukuf Amir jatuh sakit. Kakinya lebam dan membengkak dari pinggang ke hujung kaki. Sedar akan kesalahannya dia sempat memohon ampun kepada ibunya melalui telefon.
Amira pula dek kerana perkara agak kecil di mana ibunya telah menyokong pak longnya menolak lelaki pilihannya. Dia berterusan menyimpan perasaan marah dan dendam kepada ibunya. Amira menerima balasannya. Dia mengalami kesukaran untuk bersalin sehingga hampir meragut nyawanya. Namun sebagai ibu, Halijah tidak pernah putus berdoa untuk kesejahteraan anak-anaknya.
Suatu hari Amira kemalangan dan sebelah matanya rosak. Kasih ibu membawa ke syurga. Tanpa pengetahuan Amira, Halijah telah mendermakan sebelah matanya.
Ajal maut di tangan Tuhan. Halijah menghembuskan nafasnya akibat terjatuh di bilik air. Malang buat Amira apabila dia tidak sempat memohon ampun