Ajari Aku Tinggalkan Maksiat
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Hari ini kita menangis bertaubat, namun esok lusa kita tewas lagi dalam jerat dosa yang sama. Kita mula resah, putus asa, dan tertanya-tanya... "Layakkah aku yang hina ini untuk diampunkan oleh-Nya?"
Secara zahir, tindakan meninggalkan maksiat secara tiba-tiba itu nampak sangat mudah. Namun, paling menyeksakan adalah melawan kesan dan ketagihan maksiat yang telah lama berakar dan tertanam dalam ingatan dan jiwa kita.
Buku ini membawa kita menyelusuri kelemahan diri, membongkar rahsia tipu daya iblis, jenis dan kesan maksiat akhir zaman yang semakin dinormalkan, serta panduan merawat penyakit maksiat yang membunuh jiwa dalam diam.
Ajari Aku Tinggalkan Maksiat hadir untuk memeluk dan memujuk jiwa-jiwa yang sedang parah bergelumang dosa. Kerana sebaik-baik pendosa bukanlah mereka yang tidak pemah jatuh, tetapi mereka yang sentiasa kembali berjalan mencari Tuhan.
Sampai bila mahu terpenjara di dalam dunia maksiat yang kita bina sendiri?