Akad Kedua

ISBN: 9789670907277
Checking local availability
RM29.00

“Ini keputusan muktamad abi dan ingat…Khuz tak boleh kata tidak.”- Tan Sri Junaidi.
 
Mampus! Memang sah-sahlah Hasbi Khuzairy tiada pilihan. Baginya, tidak perlu lagi dia pertaruhkan kebahagiaan untuk sebuah perkahwinan. Namun, alasan serik dan takut mendirikan rumah tangga untuk kali kedua, awal-awal lagi dipangkah oleh abi. 
 
Nak tak nak, ‘ya' jugalah jawabnya.
 
“Kerek! Ego! Membosankan!”- Dhia 
 
Belum sampai sehari bergelar isteri, Dhia Irdina dengan yakin melabelkan suaminya begitu. Nampaknya, dia perlu bikin sesuatu.
 
Biarpun ego setinggi langit, Hasbi Khuzairy tidak pernah mengabaikan keperluan Dhia Irdina. Cuma cinta...itu yang sukar diberikan. Hari berganti hari, hatinya yang sunyi mula terpikat dengan sikap ceria, penyayang, manja, menggoda dan kuat mengusik isterinya.
 
“Dengan awak pun saya tak tercinta lagi, nak kahwin lagi satu? Hati saya ni ada satu ajelah.”- Khuz.
 
“Jadi, hati tu untuk Dhia la kan? Kan? Kan?”- Dhia 
 
“Tolonglah, jangan nak terlajak perasan!”- Khuz.
 
Layanan acuh tidak acuh Hasbi Khuzairy terhadap Dhia Irdina membuatkan Irsyad mula mencuri peluang yang ada. Hasbi Khuzairy gelisah. Dia mula rasa tergugat. 
 
“Kalau kau rasa tak dapat nak berikan itu semua kepada Dhia, aku cadangkan 
supaya lepaskan ajelah dia daripada hidup kau.”- Irsyad
 
Datanglah seribu langau mahupun pendendam sekalipun, Dhia Irdina dan Hasbi Khuzairy masing-masing lebih suka memilih untuk mendiamkan diri. Namun, tanpa sedar ia membuatkan mereka makan hati berulamkan jantung.
 
“Saja. Aku nak Khuz, Tan Sri Junaidi, Rayna, Syad dan semua orang tahu perempuan yang dikatakan sepuluh kali ganda lebih baik tu sebenarnya lebih kurang sama aje dengan a
 
Product Details

Publisher,Love Novel Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)