Akhirat First

ISBN: 9789830976143
Checking local availability
RM18.00
Product Details

Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

Status Mukmin Itu Apabila Kecilkan Duniawi, Besarkan Ukhrawi!

Beramal dengan kebaikan biarlah sebanyak-banyaknya kerana kebaikan apabila semakin banyak,  maka bertambahlah nilai baik dan barakah dalam sebuah kehidupan.

Hakikatnya, kebaikan tiada noktah dalam kehidupan melainkan mati dalam kebaikan adalah noktahnya!

HIDUP INI BUKAN MILIK KITA, TETAPI HIDUP INI MILIK ALLAH SWT.

Buku Akhirat First ini merupakan buku pertama nukilan penulis bersama dengan penerbit Galeri Ilmu Sdn. Bhd. hasil daripada usaha pengumpulan beberapa kalam nasihat daripada ceramah dan kuliah agama yang telah disampaikan oleh penulis setakat hari ini. Sebagai musafir dunia, penulis ingin menekankan bahawa hidup adalah amanah daripada Allah SWT, akan ada saat perhitungan pada masanya nanti.

Bagi menjadi seorang Mukmin sejati, wajib bagi kita mewarnakan hidup  ini dengan ilmu dan iman kerana ia adalah pakaian bagi setiap Mukmin. Berlandaskan kepada ilmu yang diperolehi, setiap hamba-Nya harus sedar bahawa perjalanan hidup sebagai hamba Allah adalah satu ujian yang wajib ditempuhi dengan menjadikan Islam sebagai garis pandu dalam sebuah perjalanan yang berjaya. Selain itu, buku Akhirat First ini memperlihatkan agama Islam itu hadir dalam pakej yang lengkap, berteraskan kepada akidah, akhlak dan syariat. Hidup bersama dengan penghayatan beragama akan menjamin keselamatan yang abadi bagi setiap Mukmin

Harapan penulis agar buku ini dapat dimiliki oleh setiap Mukmin dalam melayari sebuah kehidupan, kerana kita perlu kepada teguran dan bimbingan.  Semoga teguran dan bimbingan ini mampu membina sebuah kehidupan yang benar dan sejahtera selari dengan matlamat akhir kehidupan kita untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya kehidupan itu bermula di alam dunia dan akan berakhir di alam akhirat dan kemuncaknya ialah menjadi penghuni Syurga.

Semoga kalam nasihat penulis ini dapat membantu pembaca dalam beramal dengan kebaikan sebanyak-banyaknya kerana kebaikan apabila semakin banyak, maka bertambahlah nilai baik dan barakah dalam sebuah kehidupan. Insya-Allah!

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)