Akhlak Ahli Al-Quran (Akhlaq Hamalat Al-Quran)
Publisher,Pustaka Haji Abdul Majid
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Secara keseluruhannya buku ini sangat baik dan memberi faedah kepada pembacanya. Terutamanya kepada umat Islam di zaman mutakhir ini. Ianya sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan sesuai dijadikan rujukan oleh orang-orang yang terlibat dengan al-Quran secara langsung sama ada guru atau pelajar atau para pendakwah atau golongan yang baru berjinak-jinak dengan al-Quran.
Kitab ini memuatkan nasihat dan maklumat secara mendalam berkaitan dengan kelebihan al-Quran al-Karim, kelebihan membacanya, kelebihan mempelajarinya, akhlak terpuji yang sepatutnya ada pada seorang ahli al-Quran, akhlak buruk yang sepatutnya tidak ada pada mereka serta adab ketika mempelajari dan mengajarkan al-Quran. Di akhir kitab ini penulis membincangkan pula mengenai prasyarat yang perlu ada ketika membaca al-Quran iaitu berkaitan dengan kewajipan bersuci, khusyuk dalam bacaan, memikirkan kandungan yang dibaca dengan menghayatinya, membaca secara tartil dan cermat serta kewajipa menghargai suara yang baik untuk membaca al-Quran dengan cara yang sepatutnya.