Aku Bukan Minah Bunga (Syok!)
Publisher,PTS Litera Utama Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Roy, Peach, El dan Dee - Kuat bergaya, mengikut perkembangan fesyen, sentiasa mengetahui rentak muzik terkini. Zack, Adi, Apek dan Im – Rajin bertadarus, berzanji dan bertaranum. Mereka daripada dunia dan latar yang berbeza. Sebelah pihak menuntut di Akademi Perempuan Elit dan sebelah pihak lagi menuntut di Akademi Agama Lelaki. Jiran yang tinggal sebelah-menyebelah ini sentiasa berperang mulut, terutama apabila mereka terpaksa berkongsi masjid, surau, padang dan kolam takungan air. Semuanya gara-gara perbezaan yang wujud di kalangan mereka. Mampukah wujud perdamaian? Dapatkah mereka menerima perbezaan yang wujud di antara mereka? Ikuti kisah mereka yang lucu ini dalam Aku Bukan Minah Bunga.