Aku Bukan Si Pari-Pari
Publisher,Pts Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kehadiran pelajar baru bernama Hidayah di Akademi Perempuan Elit (APE) meributkan keadaan Roy dan rakan-rakannya.
Keadaan bertambah rumit apabila pelajar-pelajar APE perlu bekerjasama dengan pelajar-pelajar Akademi Agama Lelaki (AAL) bagi menganjurkan program amal.
“Awak rabun tua ataupun rabun ayam? Tidak tengok sekeliling tempatkah? Kami sudah siapkan semua. Awak semua terhegeh-hegeh,” balas Kash geram.
“Siapa kata kami terhegeh-hegeh? Kami datang awal, tahu! Awaklah yang terhegeh-hegeh!” jawab Airin sambil mengetap bibir.
Pada kesempatan yang ada, Hidayah mengambil peluang mendekati pelajar-pelajar AAL. “Betul cakap Abang Zack itu. Abang semua tidak perlu bergaduh dengan pelajar-pelajar APE. Semua ini buang masa sahaja,” tiba-tiba Hidayah bersuara sambil melangkah ke hadapan.
Apakah kesudahan nasib Roy dan rakan-rakannya apabila ada teman seperti Hidayah? Bagaimana pula Zack menangani sikap Hidayah? Ikuti kisah ini dalam Aku Bukan Si Pari-Pari.