Ada waktu terasa kelamnya masa depan di dunia dan gelapnya masa depan di akhirat dek timbunan dosa yang dibuat oleh diri kita. Namun ada satu rasa di dalam jiwa, meyakini bahawa pengampunan ALLAH SWT lebih besar daripada segala dosa yang ada di dunia. ALLAH SWT bertitah, DIA Maha Mengampuni dan menjanjikan syurga bagi yang beriman dan berusaha atas imannya.