Aku Isteri Ganti
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 560 g
No. of Pages,
Intan Syuhailah. Disebabkan emaknya tak nak dia menjadi anak dara tua, maka Intan diperkenal kepada anak Mak Cik Ani. Yang muda tiga tahun daripadanya dan duda anak satu pula. Zharul Ariffin. Laju saja terima bila emaknya nak perkenal dengan anak dara lanjut usia itu. Walau bambam tapi hati Zharul terberkenanlah pula. Tak kisahlah dia cik adik dan Intan cik kak. Masing-masing dah suka. Masing-masing dah main mata. Sesi kenal-kenal dah lama mula. Tapi bila mak masing masing bertanya jawapan mereka adalah, “Kenal-kenallah dulu.”
Selepas itu macam-macam terjadi. Mak su Intan main cantas. Mak su dan Mak Cik Ani merancang jodohkan Zharul dengan Kamelia pula. Makanya, kenal-kenallah dulu itu habis di situ. Zharul tarik diri. Intan hancur hati. Baru Intan nak move-on, tiba-tiba saja mak su buat gila lagi. Kali ini mak su pinangkan dia untuk anak bujang mak su, Khairul. Mak Cik Ani pun tak nak kalah, ikut buat gila pinang Intan untuk Zharul. Yang bestnya, Intan boleh pilih nak kahwin dengan Zharul atau Khairul. Tarikhnya adalah hari yang sama, syaratnya satu pengantin lelaki sahaja. “Datanglah 10 orang pun pinang aku di hari yang sama tu atau 10 orang nak buat kenduri pada tarikh yang sama dan pengantin perempuannya aku, aku tetap pengantin ganti. Isteri ganti!” Namun akhirnya, demi abah tercinta, Intan pilih untuk jadi isteri ganti Zharul Ariffin. Bermulalah kehidupan Intan sebagai isteri ganti dan ibu segera Iqlil Irdina.