Aku Kan Novelis
Publisher,Buku Prima
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Aku tersenyum bangga melihat mereka. Hasil kehebatanku. Hasil kekuatanku menghasilkan perasaan cinta dan mewujudkan perhubungan. Hasil seorang novelis terulung.
Apa salah aku pada kedua makhluk ini sampai mereka sanggup memperlakukan aku begini? Adakah kerana aku berlagak dengan mereka bahawa aku dapat menyelesaikan masalah mereka? Memang logik pun kan? Sudah berapa lama Iza terbelenggu dengan masalah cintanya dengan Hisham yang tak berkesudahan. Akhirnya aku yang mempertemukan dia dengan Helmi. Kini mereka memperkenalkan aku dengan lelaki yang serupa ini. Dengan niat apa? Supaya aku tidak menganggu percintaaan mereka dengan membelenggukan diri aku dengan masalah lain pula?