Aku Muslim
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Ada satu kisah untuk dikongsi bersama. Saya telah menghadiri satu majlis ilmu untuk memberikan pengisian slot tentang kewajipan solat. Kelompok pendengarnya sekitar 20 orang yang terdiri daripada wanita yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 61 tahun. Antara persoalan yang saya lontarkan, “Kalau ada seorang anak kecil bertanyakan kepada kita, ‘Ibu ... kakak, siapa Allah?' Apa kita nak jawab?” “Allah Tuhan kitalah.” “Tuhan itu apa?” “Tuhan tu Allah lah.” Mula terdengar bisikan dan tawa daripada para hadirin di hadapan saya. Apakah masalah yang ada pada kelompok ini? Kurang berfikir? Kurang belajar? Atau langsung tidak pernah berfikir dan belajar? Mereka Muslim? Ya tetapi tidak kenal Allah? Satu perkara yang perlu dirisaukan. Jadi, Islam hanya pada kad pengenalan sahaja? Sembang-sembang, renung-renung ... “Aku Muslim?”, menyentuh topik-topik yang ringan dan santai bermula dengan hikmah kejadian manusia sehinggalah ke topik muhasabah Islam dalam diri, dengan harapan ia dapat menjadi medium bagi para pembaca membuka minda, merenung dan menilai kualiti diri sebagai seorang Muslim. Wallahua'lam.