Aku Oku

ISBN: 9789672674924
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Fuadzail Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 129

Tepat pukul 9.15 pagi,15 Ogos 2018 saya terkena strok. Sudah dua minggu menjaga ibu yang sakit waktu itu. Ibu saya tidak tidur malam dan selang sejam ibu asyik memanggil saya, anak lelakinya seorang. Saya tidak cukup tidur, Mungkin darah sudah naik. Angin ahmar menyerang!

Saya dibawa dengan ambulan ke Hospital Serdang. Apabila sedar, separuh badan sebelah kanan mati. Saya tidak boleh bangun dari katil hospital. Saya tidak kenal sesiapa. Saya lupa 100% Saya kini OKU.

Kumpulan Puisi Aku OKU dikarang untuk mengingatkan kita semua tentang Allah SWT dan kehidupan setiap manusia dan makhluk. Tidak kira sempurna atau OKU. Kita berkongsi bersama-sama OKU di mana penulis adalah salah seorang daripada manusia yang bersyukur untuk menerima kenyataan akibat strok pada Ogos 2018.

Diskriminasi terhadap makhluk yang lemah seperti OKU dengan pandangan yang stereotaip akan menyebabkan golongan OKU akan dibiarkan. Masyarakat harus diberikan pendedahan yang sewajarnya tentang cara berinteraksi dengan OKU mengikut apa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Susulan dari kesedaran rasa tanggungjawab dan sebagai OKU penulis merasa terpanggil untuk menyuarakan pelbagai keluhan agar difahami sebaik-baiknya. 

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)