Aku Suka Dia
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Cinta + Dendam + Benci + Rindu = ???
Hubungan yang asalnya sekadar hanya kenal raut wajah, mula bertukar mesra gara-gara Ian Zachry kononnya sengaja mahu menjadikan Hara orang suruhannya sebagai cara untuk Hara membayar ganti rugi atas kerosakan kereta Ian Zachry.
Dalam diam, Ian Zachry menyimpan perasaan terhadap Hara. Cukup sekadar Hara menunjukkan wajah, sudah mampu buat Ian Zachry tersenyum senang. Namun kewujudan Fajar yang Ian Zachry sendiri tidak pasti apa hubungannya dengan Hara, buat hati Ian Zachry rasa tercabar. Hara hanya akan menjadi miliknya. Hanya dia. Bukan lelaki lain.
“Gila ke aku ni? Aku suka dia? Tidak!!!”
Hara yang seboleh mungkin menidakkan perasaannya akhirnya akur yang dia juga punya perasaan yang
sama seperti Ian Zachry. Hubungan mereka naik satu anak tangga lagi biarpun keluarga Ian Zachry
tidak merestui. Namun Ian Zachry tetap mahu memperisterikan Hara. Tapi, di saat hari bahagia semakin
hampir, Hara hilang tanpa khabar berita. Dan dendam Ian Zachry mula bertapak di hati.
Masa berlalu. Hara dan Ian Zachry bertemu lagi atas nama majikan dan pekerja. Pembalasan dendam
Ian Zachry bermula. Lebih malang lagi, Hara terpaksa menerima Ian Zachry sebagai suami.
Berjayakah cinta Hara dan Ian Zachry bersatu? Siapakah Fajar di hati Hara? Atas dasar apa Hara
menghilangkan diri? Sejauh mana dendam Ian Zachry mampu mengatasi rasa cintanya kepada Hara?
Apakah perasaan aku suka dia hanya tinggal perasaan?