Aku yang Kau Mahu
Author: Cik Tet
ISBN: 9786297509174
Checking local availability
Title
RM35.00
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages, 528
Kecewa serta sakit hati akibat kehilangan kawan baiknya, Dian Safiyah bertekad untuk
membalas dendam. Dia takkan biarkan lelaki yang dah hancurkan hidup kawan baiknya itu
bahagia.
Di majlis pernikahan Zabar, Dian buat perangai. Tolak ke tepi rasa malu, penderitaan serta
kematian Salina harus terbalas. Bagi Dian, Zabar tak layak untuk hidup bahagia dengan manamana perempuan pun!
"Sampai hati awak buat saya macam ni, sayang. Awak cakap awak sayangkan saya, cintakan
saya separuh mati, tapi kenapa awak masih nak kahwin dengan orang lain? Awak kejam,
sayang!"-Dian Safiyah
Lakonannya mantap. Penuh dengan air mata sehinggakan 'si dia' kaku dan kelu untuk
membalas. Duduk pun serba tak kena. Kena serang dengan tiba-tiba, siapa yang tak terkejut?
Namun lain pula yang jadi. Tanpa Dian sedar, dia dah tersalah sasaran. Orang lain yang buat
perangai, orang lain pula yang kena maki dengan dia.
"Cuba kau tengok betul-betul, Dian. Dia duduk di kerusi saksi, bukannya di kerusi pengantin.
Aku rasa kau dah salah orang ni, Dian."-Wani
Kerana kesilapannya itu, hidup Dian mula tak aman. Kemunculan 'si dia' buat dia hampir gila!
"Salah ke kalau saya nak jumpa dengan isteri saya?"-Syaikhul Affandi
"Saya minta maaf. Boleh tak awak jangan ganggu hidup saya lagi?"- Dian Safiyah
"Sekali awak dah masuk dalam 'dunia' saya, jangan harap awak dapat lari daripada saya,
sayang."-Syaikhul Affandi
Sudah puas mengelak, sudah puas menyorok, namun Syaikhul bagaikan bayang-bayang yang
sentiasa mengekori setiap langkahnya.
"Jadi isteri saya, atau awak akan berdepan dengan peguam saya."-Syaikhul Affandi