Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi berpegang teguh pada kedua-duanya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnahku (hadis).” (Hadis Riwayat Muslim).
Menyajikan hadis-hadis sahih yang berkaitan langsung dengan ayat-ayat yang dipilih, membantu menjelaskan ayat tersebut secara ringkas. Sungguh tidak ada penafsiran terbaik berkaitan ayat al-Quran, melainkan hadis-hadis baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Quran terjemahan dan tajwid berwarna ini turut dilengkapi Asbabun Nuzul, Riyadus Salihin, Asya-syamaa il Muhammadiyyah dan doa Asmaul Husna.
Turut memaparkan nota terjemahan ayat-ayat pilihan, memuatkan Mu'jam (kosa kata), Indeks al-Quran mengikut tema serta memuatkan panduan tajwid ringkas.