Al-Quran Al-Karim Tajwid dan Waqaf & Ibtida' An-Nibras Berserta Hukum dan Rujukan (B5)

ISBN: 9555056300259
Checking local availability
RM90.00
Product Details

Publisher,Telaga Biru Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Hardcover
Weight, 1100 g
No. of Pages, 660

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / QURAN/TAFSIR & HADIS

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Al-Quran an-Nibras merupakan al-Quran Waqaf & Ibtida’ yang pertama di Malaysia, bahkan di dunia yang mengandungi HUKUM WAQAF & IBTIDA’ BERSERTA RUJUKAN. Setiap tempat waqaf (berhenti) dalam al-Quran ini dinyatakan hukumnya oleh ulama-ulama pakar dalam bidang Waqaf & Ibtida’ yang diakui keilmuannya.

Untuk merealisasikan penerbitan al-Quran ini, pihak penerbit telah melantik panel-panel pakar yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah universiti bersumberkan kitab-kitab yang masyhur dalam Waqaf & Ibtida’ dan I’rab al-Quran. Ini merupakan kajian yang pertama, terulung dan autentik dalam bidang Waqaf & Ibtida’.

Keistimewaan al-Quran an-Nibras:

  1. An-Nibras bermaksud lampu atau cahaya yang mampu menerangi keadaan sekeliling, begitu juga al-Quran yang memang bersifat menerangi hati orang beriman.
  2. Terdapat panduan warna WAQAF & IBTIDA’ BERDASARKAN HUKUM PARA ULAMA MUKTABAR yang pertama di Malaysia dan di dunia.
  3. Merupakan KAJIAN ILMIAH panel-panel pakar yang berautoriti.
  4. Warna merah merupakan hukum yang ditetapkan oleh ulama muktabar dan warna hijau merupakan ijtihad panel-panel pakar.
  5. Terdapat PANDUAN WARNA BACAAN TAJWID pada teks al-Quran.
  6. TIDAK MENGUBAH TANDA WAQAF yang SEDIA ADA dalam al-Quran.
  7. Dimasukkan kaedah BACAAN HAMZAH WASAL DAN BACAAN KHAS RIWAYAT HAFS TARIQ SYATIBI.
  8. Menggunakan khat Rasm Uthmani versi baharu.
  9. Saiz B5 yang lebih mudah dipegang dan dibawa ke mana-mana.
  10. Sesuai untuk pelajar sekolah, penuntut kolej/universiti dan orang awam.
  11. Ada sambungan ayat pada halaman seterusnya.
  12. Dibekalkan 2 warna ribbon.
  13. Bookmark juga diselitkan.
  14. Didatangkan dengan 1 warna kulit yang menarik.


Dimensi: 17.6 x 25 cm