Al-Quran Al-Karim & Terjemahan AL-GHUFRAN Dengan Panduan Waqaf Ibtida' (Terjemahan Terkini)

ISBN: 9555056300501
Checking local availability
RM75.00
Product Details

Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

KELEBIHAN AL-QURAN INI :

5 juzuk dalam setiap satu jilid. Terjemahan dalam bahasa melayu moden. Disertakan dengan subtopik bagi membezakan setiap penceritaan. Huraian hadis-hadis sahih yang berkaitan. Panduan Waqaf dan Intida' dengan menggunakan 3 warna pilihan. Dinyatakan Asbabun Nuzul bagi ayat-ayat pilihan. Diselitkan nota kaki bagi penerangan lebih terperinci.

FUNGSI 3 WARNA :

WARNA MERAH
Bagi ayat berwarna merah, pembaca boleh memberhentikan bacaan (Waqaf) di akhir perkataan yang berwarna merah dan memulakan semula bacaan (Ibtida') di awal perkataan yang berwarna merah.

WARNA HIJAU
Bagi ayat yang berwarna hijau yang terletak di hujung ayat yang berwarna merah, pembaca boleh berhenti (Waqaf) pada akhir perkataan yang berwarna hijau dan memulakan semula bacaan di awal perkataan yang berwarna hijau dan tidak perlu memulakan bacaan di awal perkataan berwarna merah.

WARNA BIRU
Pembaca boleh berhenti di akhir perkataan yang berwarna biru dan memulakan semula bacaan pada perkataan selepasnya dan tidak perlu mengulang kembali perkataan yang berwarna biru itu.

 

Customer Reviews

Based on 1 review
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Normalia Omar
Sangat bermanfaat

Salah satu pilihan Al-Quran yang mudah di bawa ke mana-mana sahaja seperti ke kelas pengajian Al-Quran kerana hadir dengan 5 juzuk setiap jilid. Disertakan sekali dengan panduan waqaf & ibtida' serta terjemahan terkini dalam bahasa Melayu moden. Amat sesuai untuk dijadikan hadiah, terutama buat orang tersayang selain hadiah untuk diri sendiri.