Al-Quran: The Best First Aid
Author: Ustaz Ashraf Suarin Al-Muqri
ISBN: 9789673610815
Checking local availability
Title
RM19.00
Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Rasulullah SAW melarang umatnya sekadar menyerah kepada nasib dan berputus asa tatkala menderita sakit. Baginda memerintahkan umatnya untuk berusaha mengubati dan mencari ubat penyembuh bagi sakit yang mereka alami.
Pada suatu hari, tatkala Rasulullah SAW didatangi oleh beberapa orang Badwi, mereka bertanya, “Wahai utusan Allah, jika kami jatuh sakit, adakah kami mesti berubat? Rasulullah SAW menjawab, “Benar, wahai hamba-hamba Allah, berubatlah kamu kerana Allah tidak menciptakan suatu penyakit melainkan Dia juga menciptakan penyembuh kecuali satu penyakit saja.”
Mereka bertanya lagi, “Apakah itu wahai utusan Allah?” Rasulullah SAW menjawab, “Penyakit tua.” Sakit adalah takdir Allah dan mencari ubat penyembuh juga merupakan takdir Allah.
“Suatu ketika, ada salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai utusan Allah, apa pendapat tuan tentang doa-doa (ayat-ayat al-Quran) yang kami baca, ubat-ubat yang kami minum dan usaha-usaha menjaga kesihatan yang kami lakukan. Adakah hal tersebut bererti melawan takdir Allah?” Rasulullah SAW menjawab, “Itu juga merupakan takdir Allah.”
Buku ini menampilkan kaedah rawatan berlandaskan ayat-ayat al-Quran yang bersesuaian dengan penyakit yang anda alami. Semoga bermanfaat dan mendapat kesembuhan daripada Allah SWT.