Alahai..Rindunya Ustaz Handsome
Author: Kamsiah Abu
ISBN: 9789674462710
Checking local availability
Title
RM25.00
Publisher,Buku Prima
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Pertemuan pertama kali Syarina atau ‘Ena’ dengan Azreel Hadi atau ‘Abang Reel’ ketika Syarina masih di sekolah rendah, tidak pernah membuat Syarina lupa akan wajah tampan lelaki itu walaupun setelah terpisah lebih dari 12 tahun. Namun Syarina jadi amat kecewa apabila Azreel Hadi langsung tidak mengenalinya lagi ketika mereka bertemu tanpa diduga.
Hati Syarina bertambah parah apabila Azreel Hadi yang merupakan majikannya, sering menggalakkan Syarina menerima cinta Irfan iaitu adik kandung Azreel Hadi yang mencintai Syarina secara diam-diam.
Namun Syarina amat terkejut apabila mengetahui Azreel Hadi sebenarnya sentiasa merindui ‘Ena’ gadis comel yang pernah ditolongnya dahulu. Sehingga membuatkan Azreel Hadi menutup pintu hatinya pada perempuan lain. Bagaimana pula reaksi Irfan apabila mengetahui kisah ‘Ena’ dan ‘Abang Reel’ ketika hatinya sedang dikemuncak untuk melafazkan cintanya pada Syarina?
“Hati yang sudah mencintai seseorang tidak semestinya menjadi kekasih orang yang dicintainya itu. Kerana…Cinta tidak semestinya memiliki tetapi memberi” – Syarina
“Jadi, kalau kita sama-sama masih seperti dulu, mengapa mesti kita halangi kemesraan kita dulu dengan panggilan ‘tuan’ dan saya?” – Azreel Hadi
Abang longlah kekasih ‘cinta monyet’ Syarina tu? Ohhh!...Kenapa abang long rahsiakan semua ini dari Irfan? Sampai hati abang long buat Irfan macam ni.” - Irfan