Alamak! Lagi-lagi Dia

ISBN: 9789670535111
Checking local availability
RM27.90
Product Details

Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

 The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza.

 

Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati. Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini.

 

Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta. Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya.

 

Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?

Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak? Saya ni lebih tua daripada awak - Syafika

Datang bulan ke? Asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven, kan? – Nadim

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)