Algojo
Publisher,FIXI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Tugasan pertama Badriya dan Mateen selepas menamatkan latihan di Akademik PASAK (Pasukan Sekuriti Anggota Kerajaan) adalah sebagai pengawal peribadi kepada para menteri kabinet. Badriya bertanggungjawab menjaga keselamatan YB Ahmad Siddiq, Menteri Alam Sekitar & Teknologi Hijau yang baru dilantik selepas pilihan raya umum yang lalu. Ketika menjadi tetamu, sebuah rancangan bual bicara dengan hos Zehra Matthews, Ahmad Siddiq telah diserang oleh teman lelaki selebriti itu. Walaupun Badriya berjaya mengawal keadaan, pihak pengurusan PASAK memutuskan untuk memasukkan Matten dalam pasukan keselamatan Ahmad Siddiq sebagai anggota sokongan.
Selepas Ahmad Siddiq mengambil alih tugas sebagai menteri, dia menemui maklumat penyelewangan dana kerajaan bernilai RM1 billion oleh bekas menteri terdahulu, YB Khir Jauhary . Didorong oleh persahabatannya dengan Badriya yang selalu mengingatkan agar dia menjaga integritinya, Ahmad Siddiq telah bersemuka dengan Khir Jauhary. Risau segala kegiatan jahatnya akan terbongkar, Khir Jauhary meminta khidmat ALGOJO, organisasi pembunuh upahan untuk menghapuskan Ahmad Siddiq. Selepas satu kemalangan yang menimpa pasukan mereka, Badriya dan Mateen kini sedar bahawa mereka sebenarnya berhadapan dengan halangan yang lebih besar dari yang dijangka.
Sebuah cerita yang kalau sekilas lihat seperti membawa topik berat, iaitu politik dan angota beruniform. Cuma yang menarik tentang buku ini, ianya tidak merasa berat untuk dibaca. pada bab awal akan terasa saspen dan debaran serta persoalan yang penulis timbulkan. flow cerita yang penulis bawa, tidak terlalu laju dan perlahan. Karakter utama dibangunkan dengan baik cuma untuk karakter sampingan itu dibiarkan begitu yang menurutku boleh diceritakan lebih bagi memaniskan cerita.
Sebuah novel crime thriller politic yang mengisahkan seorang pengawal pribadi Menteri Alam Sekitar baharu, Ahmad Siddiq - menjaga dan melindungi YB dari ancaman dan bahaya. Menariknya, pengawal pribadi ini adalah seorang wanita. Seorang wanita yang menjadi pengawal pribadi seorang YB lelaki muda. Boleh dikatakan misi utama dalam penceritaan ini adalah membongkar dan menyelesaikan penyelewengan kementerian Alam Sekiter sebelumnya. Overall, isu dan tema yang menarik dan jarang diketengahkan di samping mengangkat wanita sebagai seorang yang kuat untuk menjadi pengawal pribadi. 👍🏻