Amalan Mudah, Pahala Melimpah
Publisher,Ahkter bin Abdul Manan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages, 220
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / AGAMA - LAIN-LAIN
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Buku ini menghimpunkan amalan-amalan seharian bermula dari waktu subuh sehingga solat malam yang merangkumi zikir harian, doa selepas solat, solat sunat, adab tidur, adab makan dan minum, membaca al-Quran, sedekah, serta amalan khusus pada bulan Ramadan dan bulan Zulhijjah. Setiap amalan diperkukuh dengan teks hadis dalam bahasa Arab, terjemahannya serta keterangan ringkas mengenai fadilatnya. Kekuatan dan keistimewaan buku ini ialah pada fakta dan dalil yang dikemukakan selain sumber rujukan yang tepat dan boleh dipercayai. Setiap amalan yang dinyatakan dalam buku ini dikemukakan dengan dalilnya daripada hadith-hadith Nabi yang telah dikenalpasti kesahihannya.
Yang menarik mengenai buku ini ialah gaya penulisannya yang mesra pembaca, mudah difahami dan disampaikan dalam bahasa Melayu moden yang ringkas dan padat. Ia sesuai untuk semua peringkat pembaca, termasuk mereka yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama secara formal. Kejelasan gaya bahasa dan susunan kandungan yang sistematik menjadikan buku ini sangat sesuai dijadikan panduan harian bagi masyarakat awam dalam menjalani ibadat rutin mereka. Buku ini juga secara tidak langsung mendekatkan masyarakat awam dengan Sunnah Nabi melalui amalan Nabi seharian yang dipaparkan dalam buku ini.
Profesor Dr Faisal bin Ahmad Shah
Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya