Amalan Zikir Dan Doa Harian Rasulullah Saw

ISBN: 9789671071366
Checking local availability
RM16.00
Product Details

Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Terdapat zikir dan doa tertentu yang diamalkan dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam melakukan pelbagai aktiviti harian dan ketika waktu pagi dan petang. Rasulullah SAW telah memberikan pelbagai jaminan kelebihan di dunia dan di akhirat untuk orang yang mengamalkannya seperti yang dapat dirujuk dalam buku ini.
Setiap aktiviti dan urusan yang dilakukan dengan diselangi zikir dan doa memberikan kesan yang mendalam kepada setiap insan untuk memelihara dan menjayakan perkara yang dilakukan. Hal ini sebagaimana dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW ketika mengutuskan pasukan tentera untuk mempertahankan Islam, Baginda pernah mengarahkan mereka supaya membaca pada waktu pagi dan petang: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan (kamu menyangka) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Surah al-Mukminun 23: 115). Berkat amalan tersebut mereka berjaya mendapat ghanimah (harta rampasan perang) dan selamat.
Ketika usaha hebat dapat dilakukan dan kejayaan besar dapat diraih di dunia dengan sokongan dan dorongan zikir dan doa, maka sudah pasti Allah SWT tidak mengabaikan ganjarannya yang berganda-ganda di akhirat kelak.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)