AMBIVALEN
Publisher,The Booku
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Hafiz yang mengalami penyakit MPD (Multiple Personality Disorder), di mana dia ada dua personaliti di dalam badannya tanpa dia sedar pada mulanya. Personaliti pertama ialah Hafiz, yang kedua, namanya ialah H. Mia pula seorang gadis bandar yang lengkap dengan segalanya. Dia sudah ada segalanya dan dia membenci Hafiz kerana dia ingat, Hafiz mahu mengikis duit bapanya Mia. Hafiz pula tidak berapa suka Mia kerana merasakan Mia seorang gadis yang kasar dan garang. Perjalanan Hafiz dan Mia bagai sebuah takdir bagaimana dua insan yang saling membenci antara satu sama lain, akhirnya terjatuh cinta tanpa mereka sedar. Mereka sudah ditakdirkan untuk bersama. Romantik. H merupakan Hafiz versi yang sangat nakal dan jahat. Dan setiap kali H muncul, ianya pasti merosakkan kehidupan Hafiz yang sudah dilihat sempurna. Dan perjalanan buku ini menceritakan bagaimana Hafiz harus meneruskan kehidupannya walaupun berat mana ujian yang mendatang serta pengampunan Tuhan itu sentiasa ada. Pintu Taubat itu ada.
Pada pendapat saya buku ini, tidak menyatakan suasana tempat tu secara terperinci walaupun rupa karakter tu skali pun. Kalau saya jadi hero ni, saya takkan kahwin dengan heroin itu. Karakter dari awal sampai akhir tiada banyak perkembangan. Memang pertama kali membaca saya harapkan ‘romantik dan memilukan hati’, tetapi kemudian ia tidak betul. Sangat bersahaja penulisan buku ini.
Tak ramai dalam kalangan masyarakat yang betul menyelami kehidupan seorang yang mempunyai sakit mental yang bertarung sepanjang hidup untuk menjalani kehidupan dan meraih kebahagiaan. Allah itu Maha Adil, tak mungkin menzalimi hambaNya. Jalan cerita yang unik mampu menjadi teladan buat semua.
Pada pendapat saya buku ini, tidak menyatakan suasana tempat tu secara terperinci walaupun rupa karakter tu skali pun. Kalau saya jadi hero ni, saya takkan kahwin dengan heroin itu. Karakter dari awal sampai akhir tiada banyak perkembangan. Memang pertama kali membaca saya harapkan ‘romantik dan memilukan hati’, tetapi kemudian ia tidak betul. Sangat bersahaja penulisan buku ini.
Sebuah novel yang menarik. Menceritakan tentang bagaimana seorang individu yang menghidap MDP (Multiple Personality Disorder) menguruskan hidupnya dlm melawan penyakit tersebut demi kebahagiaannya dengan insan tercinta.