Amukan Iblis
ISBN: 9786299893202
Checking local availability
Title
RM28.90
Publisher,HR Distributor
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 337 g
No. of Pages, 430
Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel
Shelf: Mutiara Minda / Novel
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
POCONG MINYAK DAGU - ZAIFU ZAMAN AHMAD
Seluruh penduduk Kampung Pasir gempar dengan kemunculan pocong Sutinah yang baru saja dikebumikan. Wak Kosman terjumpa kesan lubang dan tanah digali pada kubur itu. Seorang demi seorang penduduk kampung terserempak dengan pocong Sutinah.
Gangguan yang diterima membuatkan penduduk kampung berada dalam keadaan takut. Malahan terdapat spekulasi di kalangan penduduk kampung mengatakan yang roh Sutinah mahu membalas dendam.
"Saya tak nak kena kacau lagi dengan dia" - Samad
PUAKA NIBONG TUNGGAL - SAIDEE N. AZAM
"Kau biar betul. Semakin lama semakin banyak timbul kisah itu dan ini. Hah ini kisah seram apa pulak? Kalau Kampung Pasir ada penampakan pocong, kampung kita pulak ada apa? Hantu galah? Toyol? Habis itu macam mana dengan Kampung Seri Kenanga? Lama aku tak balik tiba-tiba ada macam-macam cerita seram berlaku sekarang ini." - Nasir
PUAKA NIBONG TUNGGAL - SAIDEE N. AZAM
"Kau biar betul. Semakin lama semakin banyak timbul kisah itu dan ini. Hah ini kisah seram apa pulak? Kalau Kampung Pasir ada penampakan pocong, kampung kita pulak ada apa? Hantu galah? Toyol? Habis itu macam mana dengan Kampung Seri Kenanga? Lama aku tak balik tiba-tiba ada macam-macam cerita seram berlaku sekarang ini." - Nasir
SUNDEL BOLONG - EB REEZA
"Kalau saya katakan pada suatu zaman dahulu makhluk halus, hantu, syaitan, dan iblis itu wujud, awak percaya?" - Cik Bunga
Cik Bunga sedikit bengang kerana subjeknya mendapat tentangan daripada salah seorang pelajarnya.
"Saya tak percaya. Zaman bila tu Cik Bunga yang wujud semua benda ini? Adakah pada zaman 50an, 60an, 70an, 80an? Saya tak yakin zaman 90an masih wujud benda-benda alah ni" - Ayden
Ayden masih mahu menafikan tentang kewujudan makhluk halus yang pada hematnya hanya rekaan semata-mata pada zaman dahulu untuk menakut-nakutkan kanak-kanak agar mendengar cakap orang tua mereka.
"Apa kata kau sendiri merasai pengalaman bertemu dengan sundel bolong. Barulah kau tahu amukan iblis itu benar-benar wujud atau hanya mitos." - SAFWAN
Safwan telah merealisasikan impian Ayden untuk ke Kampung Sri Kenanga bagi menyaksikan amukan sundel bolong sebenar. Adakah Ayden akan mempercayai tentang kewujudan makhluk halus atau dia masih berdegil tidak mahu mengaku akan kewujudan 'mereka' ini.