Anak Gajet
Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Untuk ibu bapa atau baru bergelar ibu bapa yg tengah mencari teknik parenting terbaik boleh lah baca buku ni.. Dalam buku ini ada penjelasan samaada perlu atau tidak gajet untuk anak2 dan sebagai nya..
Untuk berhentikan anak nangis, anak mengamuk, anak bad mood, kita akan beri dia gajet. Secara tak langsung, anak akan terleka dengan gajet.
Selain itu, mungkin kita akan beri anak kita gajet secara rutin untuk memudahkan kita solat, memasak, mengemas rumah dan sebagainya.
Tetapi, adakah risiko tertentu kepada anak kita dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang ? Berbezakah zaman ini yang boleh diberikan gajet kepada anak dengan zaman dahulu tiada gajet ? Tidak perlu sampai ke zaman dahulu, zaman 90-an sahaja sudah cukup untuk menggambarkan yang ramai diantara kita yang tidak mempunyai gajet. Jadi, perlukah dihadkan penggunaan gajet itu ? Atau diberikan selama mungkin supaya kita sebagai ibu bapa mempunyai 'masa' dari terpaksa melayan anak kepada perkara lain yang tidak semestinya penting pada masa itu.
Dan kita juga lihat kesan negatif penggunaan gajet tanpa kawalan kepada anak kecil yang membawa kesan seperti lambat menulis, terlalu awal sudah rabun, sukar untuk belajar sesuatu.
Jadi, penyelesaian yang kita rasa senang untuk boleh membawa kepada masalah pada masa akan datang.
Buku ini adalah untuk elakkan masalah tersebut. Sangat recommended. Seperti dalam muka surat 93, 8 langkah untuk hadapi anak mengamuk ini adalah langkah-langkah yang berkesan berbanding jika kita kurang tahu bagaimana untuk hadapi situasi tersebut,
Sebuah buku parenting yang mendedahkan teknik baru dalam mendidik anak di zaman moden ini. Cara parenting zaman dahulu masih boleh digunakan tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan sekarang. Penulis menyenaraikan pelbagai ilmu yang boleh dijadikan panduan buat ibu bapa untuk dipraktikkan dengan anak anak. Sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai anak, belum mempunyai anak, baru berkahwin atau belum berkahwin. Kerana nak melentur buluh hendaklah dari rebungnya. Dengan pendedahan awal ini dapatlah Kita membentuk generasi akan datang dengan lebih baik.