Anak Teruna Tuan Peguam

ISBN: 9789674692421
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Sejak sekian lama, dia telah lali dengan gelaran buaya tembaga. Tapi, Huzair tak pernah ambil hati kerana dia kenal dirinya. Cuma hari ini, gelaran itu memberi kesan yang teruk bila Nazrina jelas tidak suka padanya. Wanita itu tidak langsung cuba menutup kebencian padanya.

Pada Nazrina pula, cinta hatinya hanya seorang. Iaitu teman sejak kanak-kanaknya. Lelaki yang sentiasa mengambil berat dan menerima dia seadanya. Lelaki seperti Huzair tidak terbanding dengan Rizqin.

Satu yang Nazrina tidak tahu, lelaki seperti Huzair juga tahu erti sakit bila hatinya ditoreh tanpa belas.

Awak memang tak faham atau sengaja buat tak faham?” - Huzair

Jawapan tepat adalah malas nak layan…” - Nazrina

Tapi, Huzair tidak pernah berhenti. Biarpun sekadar menjaga jodoh orang, dia tetap sudi. Hingga tiba masa, Nazrina bahagia dan selamat dengan lelaki yang dicintai, kala itu dia akan berlalu pergi.

Awak akan ada dengan saya walau dalam keadaan saya yang paling teruk?” - Nazrina

Hurm… itulah masa yang saya paling nak ada dengan awak…” - Huzair

Jatuh cinta itu mudah. Cinta berbalas itu juga tak susah. Yang payah adalah untuk bertahan demi cinta yang menoreh luka di hati. Huzair begitu. Nazrina begini. Seperti tidak lagi terdaya mempertahankan janji.