Angin Dari Ulu
Publisher,Dewan Bahasa & Pustaka
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Angin dari Ulu merupakan sebuah novel sejarah yang mengisahkan masyarakat tani di Ulu Terengganu pada tahun 1920-an yang bangun memperjuangkan hak dan masa depan mereka daripada cengkaman dan penindasan pemerintah kolonial. Undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Terengganu pada masa itu telah melarang masyarakat tani membuka tanah baharu dan mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka. Ini menimbulkan kemarahan kepada masyarakat di Ulu Terengganu. Pemerintah kolonial pula semakin menekan mereka dengan pelbagai bentuk serangan, penangkapan dan pembunuhan.
Keadaan yang huru-hara itu cuba diredakan oleh seorang tokoh agama dan pemimpin tempatan yang dihormati di Ulu Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong. Demi hak dan masa depan, mereka sanggup merempuh badai, memperjuangkan apa yang sepatutunya kepunyaan mereka.