Angker
Publisher,Buku Fixi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
"Aku bukan nak marah kau, tapi aku tengah stres. Setiap kali aku teringat Kamisah dan apa yang dia dah buat kat aku, aku tak boleh control. Marah aku membuak. Selagi aku tak ajar dia, hati aku tak akan puas," ujar Pian sambil mengetap bibir.
"Kau nak ajar dia macam mana? Nak kasi simen dalam tong?" Kudin bertanya sinis.
"Taklah sampai macam tu sekali. Itu kerja bodoh."
"Kalau tu kerja bodoh, kerja pandainya macam mana?"
"Kalau aku cakap, kau nak tolong ke?"
"Kenapa pula nak libatkan aku?"
"Sebab hanya kau je tahu kat mana nak cari orang tu."
"Siapa?"
"Wak Jemin."
"Buat apa kau nak jumpa dia?"
"Bukan ke dulu kau pernah cerita dia tu hebat pasal perempuan?"
Pian mengingatkan Kudin.
"Jadi aku nak mintak tolong dengan dia. Aku nak tundukkan Kamisah. Aku nak buat dia tergila-gilakan kat orang rupa macam monyet ni."
Angker
Sebab apa aku suka keluaran buku fixi ni.. Sebab 1 kalau x de cerita penuh dgn tanda tanya bukan fixi laa cerita dye.. Tp yg aku berani cakap keluaran fixi semua best2 tp ikut penulis jugak la. . X caya try baca yg atas ni.. Jalan cerita sinopsis pun dah best kan.. Cuba la ye 😊
Sebuah cerita yang agak seram tapi dalam masa yg sama ada lawak juga.
Mengisahkan tentang Pian yg ingin membalas dendam terhadap Kamisah yg telah memalukannya di khalayak ramai. Dia telah memaksa rakan serumahnya, Kudin untuk membawanya berjumpa dengan seorang bomoh bernama Wak Jemin yg tinggal di kampung Kudin. Tanpa mereka sedari, mereka telah bersetuju dengan syarat Wak Jemin iaitu mengali kubur Yana yang baru meninggal dunia akibat kemalangan. Sejak itu, hidup mereka berdua mula huru-hara kerana jika mereka melanggar syarat itu, mereka dikatakan akan mati secara misteri.
Sangat recommended. Komedi seram yang mampu buat kau rasa seram dan ketawa terbahak bahak secara tiba-tiba. Jalan cerita yang bagus. Watak watak yang ada ditonjolkan dengan baik sekali oleh penulis. Masing2 ada personaliti yang dipelbagaikan. Yang pasti ada banyak kejutan yang menanti pembaca. Terbaik!