Antologi Orang Berdosa: Dia Memilihku
Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Lima buah cerpen pendek yang dipersembahkan dengan penuh rasa keinsafan atas peluang kedua yang diberikan TUHAN. Tiada kata-kata yang mampu terungkap, hanya jiwa yang mampu merasakan betapa peritnya penyesalan. Bacalah dengan nama TUHAN-mu yang menciptakan.
Dendam anak-anakku - “Kalau kau berdua nak ayah merayu, sekarang juga ayah merayu. Ayah minta maaf dan ayah merayu sungguh-sungguh. Jangan kerana dendamkan ayah, kau jauhkan diri daripada TUHAN. Kesiankan mak, kesiankanlah ayah, nyawa ayah dan mak dah tak lama, nak.”
Dialah ahli syurga - “Kurang ajar! Cakap, mana duit aku? Kau dah jadi bisu ke, hah? Dahlah tiga suku, tak habis-habis nak nyusahkan aku. Hei… geramnya aku! Kenapalah emak beranakkan kau? Kenapa emak tak picit aje kau daripada kecil? Biar kau mati tak menyusahkan sesiapa!”
Dialah call girl itu - Mila tidak berminat mengejar cinta dunia lagi! Hanya cinta TUHAN yang dicari. Setelah hatinya penuh dihuni oleh lelaki, cukuplah rasanya dia merasai nikmat cinta terhadap lelaki. Nikmat yang penuh dosa. Dosa yang boleh mengheret mukanya ke lubuk neraka.
Landasan ke syurga – Ya, aku tewas saat ini! Tapi, aku tetap bangkit dan akan kembali setelah segala kelemahan Islam kubongkar. Sekaligus akan kulenyapkan terus pengaruh Islam di muka bumi ini. Itu azamku!
Kekasih ALLAH itu aku - Ya ALLAH, ampunkan dosaku. Andai mampu kuputar semula waktu, takkan kulakukan perbuatan terkutuk itu. Ku belai nafsu dengan murkamu ya ALLAH. Adalahkah lagi pengampunan-MU buatku ya TUHAN?