Sejumlah 60 buah puisi dalam antologi ini telah dihasilkan oleh 15 orang penyajak muda yang rata-ratanya berusia di awal dua puluhan. Tentunya dalam usia yang pengalaman masih terlalu muda itu, mereka amat sukar untuk disamatarafkan dengan penyair terbaik Malaysia. Walau bagaimanapun, pujian perlu diberikan kepada mereka mereka kerana berani menghasilkan puisi dengan idea-idea yang menarik serta boleh dikongsi.