Anwar Ibrahim PM 10
Publisher,Casamas
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 236
"KALAU TAKUT PADA CABARAN, JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN"
- Dato Seri Anwar -
Setelah 24 tahun tersingkir oleh tangan-tangan jahat, maka pada 24 November 2022 sejarah termetri dengan perlantikan PM 10 yang bakal menghurai kebuntuan politik negara. Dato Seri Anwar sendiri adalah satu institusi yang mempunyai korektor nasional mampu membawa semua kelompok masyarakat yang dahagakan satu kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Karisma beliau mampu merakyatkan kepimpinan. Kebijaksanaan beliau membina kesepakatan antara parti sehingga mencapai lebih 2/3.
Sosok pemimpin ini cukup kontroversi. Dipalit dengan pelbagai tuduhan sebelum ini oleh kerajaan yang lepas. Berbagai cara dan strategi dirangka untuk menghalang kemaraan beliau dalam pentas politik di malaysia sejak September 1998 selepas dipecat timbalan perdana menteri. Bukan sedikit usaha untuk membunuh beliau dan kariernya melalui proses undang-undang dan serangan serta tuduhan yang tidak berasas.