Apa Saja Untukmu, Sayang

ISBN: 9789670448794
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Kaki Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Bagi Humaira, pilihan keluarga adalah yang terbaik untuknya. Namun tidak pada Darriz. Dendam terhadap datuk yang melakukan penipuan semata-mata mahu dia kahwin dilepaskan kepada Humaira.

Kesabaran dan ketulusan Humaira melayan kerenahnya membuatkan hati Darriz terdetik satu perasaan halus. Namun, dek fitnah Asyraf mengatakan isterinya berhubungan sulit dengan Izdihar, sepupu yang dibenci menjadikan kebencian Darriz terhadap Humaira kembali menjelma. Hinaan demi hinaan Darriz menyebabkan Humaira tidak dapat bertahan lantas membuka rahsia yang disimpan tatkala diri disahkan mengandung. Humaira nekad pergi. Tetapi Darriz ingin menuntut haknya semula setelah dia bertaubat atas dosanya yang menghukum Humaira dengan cara paling hina.

Dapatkah Darriz membetulkan semula kesilapan yang telah dilakukannya terhadap Humaira? Adakah Humaira bersedia memafkan Darriz?

“Maaf, maaf...” gagap Humaira sambil sedaya upaya bangun. Orang yang dilanggarnya itu membantunya untuk berdiri. Humaira menekup mulutnya dengan esakan yang tertahan-tahan. Dia tidak tahu siapa yang berdiri di hadapannya kini. Yang penting dia perlu larikan diri daripada Asyraf.

“Are you okay?”  Mendengar suara garau, tetapi lembut itu menjadikan Humaira bagaikan terkena renjatan elektrik. Tangannya terkulai ke bawah. Lelaki! Itu yang paling dia risaukan. Lelaki itu masih memegang bahunya. Humaira menepis kasar dan dia cuba melarikan diri.

“Hey, you berdarah ni...” kata lelaki itu lagi. Nada suaranya jelas kedengaran bimbang.

“Ada orang kejar saya,” tutur Humaira. Semakin lebat air matanya turun.

“Hoi! Kau siapa?”  Humaira tahu dia sudah terperangkap. Jika lelaki ini tidak menghalangnya pergi, sudah tentu dia dapat meloloskan diri daripada Asyraf. Humaira tidak ada cara lain selain berlindung di sebalik lelaki tidak dikenali ini. Humaira berdiri di belakang lelaki itu. Tangannya yang menggigil memaut kuat lengan sasa lelaki yang dilanggarnya tadi.

Darriz memandang sekilas wanita yang menyorok di belakangnya. Sejuk dingin tangan itu jelas terasa biarpun berlapik dengan lengan baju kemeja yang dipakai. Dia tahu wanita itu sedang melarikan diri daripada lelaki bengis di hadapannya ini. Perasaan takut wanita itu meresap masuk ke jiwa lelakinya.

“Aku yang patut tanya kau siapa?” Darriz membalas keras. Mata Asyraf membuntang. “Maksud kau… kau kekasih dia?”  Darriz tersenyum. “Lebih daripada tu.”

“Kadang-kadang kita mengharapkan orang lain menemani hidup kita tetapi, kita tidak sedar yang berada di hadapan kita itulah yang bakal menemani kita hingga ke jannah.”

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)