Apartment (9789838222136)

ISBN: 9789838222136
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,FAJAR PAKEER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Dia tersepit antara ilusi dengan realiti. Antara ilusi dan realiti, terciptanya halusinasi yang membadai mimpi ngeri yang tidak terjangkau dek akal. Itulah jiwa seorang manusia bernama Akashah. Dia jatuh cinta dengan Maya perempuan penghidap skizofrenia. Tiada sedikit pun rasa terkilan di hati Akashah kerana beristerikan wanita itu. Kehadiran Aiman menambahkan kebahagian mereka. Mendiami apartmen sendiri, menjadikan hidup semakin indah. “Biasalah kalau tinggal kat apartmen macam ni. Waktu siang, semua penghuninya keluar bekerja. Waktu malam pula mereka berkurung dalam rumah, berehat.” – AKASHAH Dalam diam, penyakit Maya semakin memamah dirinya. Maya terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk kekal waras. Emosinya mudah terganggu, sensitif serta mempunyai sifat cemburu melampau. “Kesian kau, Maya. Kau terperap sepanjang hari kat rumah ini sedangkan suami kau bebas di luar sana!” – MAYA Akashah pula sering digasak mimpi dan bayangan yang isteri serta anaknya terjun dari tingkat atas apartmen blok sebelah. Mimpi sama yang berulang-ulang itu mengganggu perasaannya. Kemunculan gadis bernama Miera yang mempunyai mata tak berhijab, menjentik hati Akashah. “Perlukah aku beritahu dia tentang syaitan yang sedang memperkudakannya itu? Kalau aku beritahu, agak-agaknya dia percaya tak?” – MIERA Apartmen itu bernyawa. Ia seperti mencabar kewarasan Akashah. Perlukah dia keluar dari situ sedangkan kediaman itu yang didambakan Maya? Siapa pula Hasnita dan Miera yang muncul tiba-tiba? “Dah lama saya menjadi penunggu bangunan ini.” – HASNITA Akan terjawabkah mimpi yang sering mengusik lenanya? Di alam sedar dia mencipta kenangan, namun hakikatnya dia terbunuh bersama semangat yang bernyawa.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)