Aphonic
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Misteri / Thriller
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Titisan darah yang ditembusi jarum bagaikan jurus dalam diam tanpa gerak, menembusi jiwa yang kealpaan. Kepercayaan, ketidakadilan sudah hilang sejak munculnya kenyataan yang menyakitkan. Ada naluri yang kosong, tiada jawapan mengenai setiap petualang. Ada ancaman yang marabahaya, tiada pengakhiran untuk menghentikan. Mereka terjebak dalam kancah rahsia demi mempertahankan maruah diri untuk kekal hidup, bukannya mati di tangan Silent Killer.
✔️ Silent Killer... pembunuhan yang kejam dan teratur tanpa meninggalkan secebis bukti.
✔️Silent Killer… penjahat VS penjahat.
✔️Silent Killer… umpama meletak nyawa di hujung tanduk. Sejak berpindah ke sekolah yang paling misteri di dunia, banyak perkara pelik yang menimpa. Apa sebenarnya rahsia di sebalik semua itu?
“Aku dah kata, aku tak nak terlibat.”- SAM
"Pernah ke aku dianggap sebagai pesalah?"- LISSA
"Kami datang sini untuk membantu kau, Sam." - ROXY
Tiga gadis, tiga keperibadian yang berbeza tetapi berkait sesama mereka. Dunia bermandikan darah yang sentiasa menanti tanpa batas waktu. Walau rasa cinta yang tumbuh, harus dipangkah. Walau rasa bahagia yang mengintai, harus dilupa… kerana misi adalah menghapuskan manusia durjana di luar sana. Mampukah musuh merangkak hingga bertemu jalan mati? Dapatkah mereka mengawal kekuatan yang tidak diketahui daripada membinasakan diri? Disengat ular berbisa, sakit yang makin lama menyerap pantas mematikan si pemangsa. Sampai bila ia mampu bertahan lagi? Tentang mereka yang kelihatan polos, tetapi di sebaliknya tertanam kekejaman yang mendominasi, menghilangkan setiap nyawa dengan penuh sadis.
sebuah novel yang sangat menarik untuk dibaca. storyline yang mudah untuk difahami dan tersusun. sesuai dibaca dikala PKP
The best novel yang saya pernah baca. jalan cerita dia memang best! padat! ada plot twist. memang best giler laa! tak rugi beli!!!!
Plot penceritaan yang menarik dan novel melayu aksi yang tidak membosankan. Sangat berbaloi untuk dibaca, nice!.
Plot penceritaan yang menarik dan novel melayu aksi yang tidak membosankan. Sangat berbaloi untuk dibaca, nice!.
Tiga gadis, tiga keperibadian yang berbeza tetapi berkait sesama mereka. Dunia bermandikan darah yang sentiasa menanti tanpa batas waktu. Walau rasa cinta yang tumbuh, harus dipangkah. Walau rasa bahagia yang mengintai, harus dilupa… kerana misi adalah menghapuskan manusia durjana di luar sana.