Ar-Rahiq Al-Makhtum (Menjejaki Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW Sejak Lahir Hingga Wafat)

ISBN: 9789674813482
Checking local availability
RM90.00
Product Details

Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Karya tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w (perkataan, perbuatan, dan akhlak Baginda) ini dikarang oleh Syeikh Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri dari Universiti As-Salafiyyah, India. Karya ini diangkat sebagai johan dalam pertandingan antarabangsa mencipta buku sirah Nabi Muhammad s.a.w. anjuran badan kebajikan Islam, Rabitah Al-Alam Al-Islami di Persidangan Islam Asia Pertama pada tahun 1978.

Berlandaskan kecintaan beliau terhadap Baginda s.a.w., biografi lengkap ini ditulis dengan hasil kajian terperinci daripada sumber yang sahih sahaja. Melalui penulisan yang lengkap dan padat, penulis membawa pembaca merasai sendiri setiap momen kehidupan Rasulullah s.a.w. Daripada detik kelahiran, perjalanan kehidupan Baginda, fasa penyebaran dakwah, fasa hijrah ke Madinah, perihal peperangan, fasa perjanjian damai, sehingga detik terakhir Baginda s.a.w. bersama umatnya dan alam dunia.