Ar-Ruh: Hidup Selepas Mati
Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Buku ini membahaskan mengenai hukum-hukum dan ciri-ciri roh, membincangkan berbagai-bagai pertanyaan dan persoalan serta mengemukakan pelbagai pendapat dalam setiap persoalan. Juga turut dikemukan pandangan bagi menguatkan atau mengukuhkan lagi sesuatu pendapat (tarjih) atau menganggap sesuatu pendapat (an-naqs) itu lemah bersandarkan pada manhaj salafnya yang terkenal dalam mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran mahupun as-Sunnah.
Allah telah memberikan taufik untuk meneliti kembali berbagai-bagai persoalan, mentakhrij hujah-hujahnya serta menjelaskan perkara-perkara yang masih samar supaya dapat dipersembahkan kepada para pembaca di seluruh dunia Islam dalam format yang lebih menarik.
Dalam satu hadis, Umar al-Khattab bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
“Wahai Rasulullah, mengapa engkau bercakap dengan manusia yang telah menjadi bangkai?” Baginda menjawab, “Demi Zat yang mengutusku dengan kebenaran, mereka lebih mampu mendengar apa yang aku katakan berbanding kamu tetapi mereka tidak mampu menjawab'.”
(HR al-Bukhari: 3981)