Asalkan Dia Bahagia (Novel Adaptasi)

ISBN: 9789672137450
Checking local availability
RM29.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira.

Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi.

Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya.

“Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham.”- Ikmal.

Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan.

“Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Haris tegang.
“Dan dia juga adik aku,” Balas Ikmal, juga dengan suara tegang.
“Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.” Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri.

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris.

Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.

Customer Reviews

Based on 3 reviews
67%
(2)
33%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Asalkan Dia Bahagia (Novel Adaptasi)

Sebuah novel karya Hani Fazuha yang mengisahkan konflik Adira Amani apabila mengetahui dia adalah anak angkat. Adira merasa rendah diri namun ingin membalas budi keluarga angkatnya. Adira mengikut kata ibunya dengan mengahwini Haris untuk membawa pulang ikmal ke dalam keluarga mereka. Terjadi pelbagai konflik Dan salah faham yang menguji perhubungan antara Haris dan Adira. Jalan cerita yang menarik menambat hati pembaca untuk terus melekat dengan buku ini. Terbaik.

N
Nawal fakiah
Menarik

Sebuah novel yang diadaptasi kedrama mengisahkan isu kekeluargaaan dan nilai kejujuran dalam rumah tangga....sangat menarik

A
Amy ezaty
Asalkan dia bahagia

Sebuah novel adaptasi ke drama. Sangat menarik . Menceritakan tentang kehidupan kekeluargaan. Hubungan baik antara suami isteri perlu dijaga, jangn ada yang mencurigakn. Sikap jujur antara pasangan perlu ada agar setiap masalh bolh diselesaikn dngn mudah.