Asas-Asas Fardu Ain: Bimbingan Lengkap Memahami Ilmu Agama Secara Praktikal

ISBN: 9789678610827
Checking local availability
RM32.00
Product Details

Publisher,Karangkraf
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 309

Find this product in our store.
Shelf: PEMIKIRAN ISLAM

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Buku ini memberi fokus kepada kefahaman rukun Islam dan rukun Iman. Panduan dan keterangan yang diberikan adalah maklumat asas yang perlu difahami oleh setiap Muslim terutamanya yang baru hendak belajar tentang Islam.

Oleh sebab itu, isi kandungan setiap topik dalam buku ini disusun dengan ringkas sahaja. Tidak dimasukkan perbahasan panjang terutama yang melibatkan perkara khilaf.

Tujuan utama buku ini diterbitkan supaya pembaca memahami asas agama Islam secara umum terlebih dahulu. Apabila telah memahaminya, para pembaca boleh mendalami agama Islam melalui sumber-sumber yang lain pula.

Apa yang penting, semua amalan hendaklah dilaksanakan berdasarkan petunjuk sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang diakui sebagai rasul yang diutuskan untuk menjadi contoh teladan kepada umat manusia.