Ashabul Kahfi: The Seven Sleepers (Menggapai Cinta Allah)

ISBN: 9789670728209
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Green Dome
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

ASHABUL KAHFI THE SEVEN SLEEPERS ini memaparkan pelbagai kisah tentang Ashabul Kahfi. Ashabul Kahfi sebagai teladan dalam membentuk generasi yang diredai seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam di akhir zaman nanti. Ashabul Kahfi terkenal dengan pemuda-pemuda yang. beriman dan bertakwa kepada Allah swt, dan seharusnya menjadi ikutan generasi sekarang dalam membina keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt. Orang-orang Islam, di mana pun mereka berada, di belahan muka bumi yang luas ini, adalah orang-orang yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat, membayar zakat, puasa pada bulan Ramadan dan menunaikan ibadah haji bagi yang mampu melaksanakannya. Mereka beriman kepada Allah swt, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhir dan percaya kepada qada dan qadarNya.

Dari Ibnu Umar r.a beliau berkata: Rasulullah saw telah bersabda, “Islam didirikan atas lima perkara iaitu persaksian bahawa tiada Tuhan yang hak selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, (melaksanakan) ibadah haji dan puasa pada bulan Ramadan.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Firman Allah swt, bermaksud: “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, sama ada laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang Iebih balk dari apa yang telah mereka kerjakan.” (an-Nahl: 97)

Semoga buku MENGGAPAI CINTA ALLAH (Seindah Peribadi Ashabul Kahfi) ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca seterusnya dapat dijadikan sumber teladan dalam kehidupan seharian terutama dalam menjana keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt. Jadikanlah akhlak mulia para pemuda Ashabul Kahfi sebagai model ikutan, dan sentiasa berusaha menghindaprkan diri dari sekarang perbuatan yang boleh merosakkan nama baik agama, bangsa dan negara. Jauhi segala perbuatan negafif agar Allah swt sentiasa memberikan kemenangan dan redaNya sepanjang hayat. Selamat membaca!

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)